Tuesday 15 November 2011

Berubah, Susah.

Benar kata seorang sahabatku. Untuk berubah dari tanpa arah memang ternyata susah tetapi tak bermakna yang ianya mustahil. Usaha akan membawa hasil.


Itulah kata kata yang aku pegang sekarang. Hati ingin berubah tetapi tidak akan tercapai jika akal tidak menerima. Mungkin aku mula dengan cara yang berbeza. Lain orang, lain caranya. Aku tidak berbangga, cuma bersyukur kerana akhirnya Allah memberi petunjuk kepada aku yang jahil ini. Orang memulakan dengan menutup aurat. Tetapi aku mula dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang wajib yang selama ini aku abaikan. Kadang kadang solat, kadang kadang tidak kerana sikap aku yang mengikut hati dan perasaan, dengar kata kata syaitan. Kini aku berazam untuk melengkapkan dahulu solatku. Bukan mahu memberontak tetapi bagiku, dengan cara itu aku lebih memahami agamaku dan peraturan peraturannya dengan lebih mendalam dan ikhlas.


Hari itu ada ramai orang mempersoalkan penutupan aurat. Truth be told, aku malu dengan diri aku sekarang. Aku merasa sangat hina. Ya. Sememangnya itu yang patut aku rasakan. Aku hina di sisi Allah s.w.t tetapi mulia di sisi syaitan dan iblis. Kata kata mereka menyedarkan aku walaupun pada mulanya aku merasa marah, geram, benci. Tetapi hati aku masih lagi merasa sakit. Terpinga pinga aku mencari jawapan kepada perasaan yang aku sendiri tidak tahu punca. Kemudian terdetik di hatiku, hati aku sedar yang diri aku sekarang berada dalam keadaan hina. Betapa jahilnya aku selama ini. Betapa terpesongnya aku selama ini. Tapi untuk berubah dalam sekelip mata bagiku mustahil. Jadi, aku capai kain telekung ku selepas aku sempurnakan wuduk aku. Mulanya aku solat, aku sedih. Selepas selesai aku solat, air mata aku tak dapat aku bendung lagi. Air mata aku mengalir dengan deras, hati aku melaung kesakitan. Aku bingung mengapa aku begitu sedih. Aku tahu kenapa. Aku sedar.


Daripada pengalaman itu, aku mula berazam untuk berubah, sedikit demi sedikit. Aku mohon doa untuk Allah perkuatkan hati ini untuk terus dengan keazaman aku. Tidak aku mahu untuk kembali seperti dahulu, hati mudah goyah, ingin berubah tetapi hanya sementara. Mungkin ada yang pandang serong terhadap aku. Aku faham. 


Aku cuma manusia biasa yang hanyut dalam keseronokan dunia. Ingin aku berubah dalam sekelip mata tetapi tak mampu. Jadi aku ingin mengambil satu langkah demi satu langkah hingga berjaya.


Doakan aku ya?


Salam...

1 comment:

  1. Syukur pada Allah yang dah memberi hidayah.
    Tak semua orang dapat hidayah walau dah disogokkan dengan macam-macam ingatan T-T sigh
    Betul lah tu.
    Solat itu tiang agama.
    Wani, insyaAllah bila kau jaga solat yang lain akan terjaga.
    InsyaAllah.

    -Fatin TESL-
    Doa aku sentiasa ada untuk kau.
    Aku sayang kau.
    Dunia dan akhirat.
    Hidup dan mati.

    ReplyDelete