Sunday 19 February 2012

Kepada yang berkenaan:-

Ok. Tak ada kaitan kali ni, just untuk aku, aku, dan aku.


Ke hadapan kepada yang berkenaan,


Assalamualaikum.
Aku ada pengakuan yang mahu dibuat tapi tidak diizini. Kenapa? Bagi aku habis cakap dulu. Dah lama mata ini memerhati, dah lama hati ini terpikat, dah lama jua kau di fikiran. Kepada yang berkenaan, ya, aku ada hati dekat kau. Perasaan dekat kau yang tak mampu untuk aku jelaskan. Perasaan ini biar jadi rahsia aku dan Abang Kacak dan Abang Semat sahaja. Kenapa aku tak mungkin menyatakan yang perasaan ini untuk kau? Simply sebab aku masih tidak layak untuk kau. Dengan keadaan aku sekarang ini tak mungkin aku mampu untuk meminta kau menerima aku. Keadaan aku yang agak teruk. *sory kalau nyampah.
Setiap manusia di muka bumi ini berhak yang terbaik, jadi kau pun adalah salah seorang dari kalangan itu. Aku juga mahukan yang terbaik untuk kau. Dan aku bukanlah yang terbaik untuk kau. Jika satu hari nanti aku sudah berubah menjadi insan dan muslimah yang lebih baik, yang aku rasa dapat menjadi yang terbaik untuk kau, akan aku luahkan perasaan aku kepada kau. Jika aku rasa aku mampu untuk menjaga kau, menjadi teman yang terbaik, perasaan ini tidak akan aku pendamkan lagi. Jika diizini kau masih belum tiada yang punya, Insya-Allah aku akan datang temankan kau. Bukan hanya untuk suka, tetapi untuk lebih ke arah alam itu itu. (pelik) Jadi, kepada yang berkenaan, jika mampu tunggulah daku, jika tidak, aku harap kau bahagia dengan yang terbaik buat mu.


Salam sayang dari Abang Macho. :))

No comments:

Post a Comment