Saturday 18 February 2012

Pencarian Calon di Waktu Pembelajaran

Apa kata anda jika saya nyatakan yang pencarian calon teman hidup di waktu belajar di universiti adalah amat digalakkan? Adakah anda ingin bangkang mahu pun bersetuju? Jom tengok dulu argument saya.




Actually lah kan. Tak salah pun kalau nak cari calon waktu belajar di U. Ianya sangat lah digalakkan. Oleh my mother lah especially nya. (ok tak de kena mengena) Ada banyak kebaikannya tahu tak? Keburukannya lagi lah. But not because of that fact alone. Keburukan ni selalunya datang dari manusia itu sendiri. Faham tak? >.<
Ok. Bercerita tentang kebaikan nih, memanglah korang tersangatlah nak dengar, bukan? Memang la, dah nama pun kebaikan terhadahp something yang korang suka kan? Haa. Lepas ni cepat je korang buka blog aku nih bak nak tunjuk dekat father and mother korang, "Mak, ayah! Acik dah tengok blog ni. Dia setuju la dengan cari calon awal awal. tengok la tengok la." Ehem ehem. HOI!!! Aku bukan suruh korang jadikan apa yang aku bakal ceritakan nih sebagai reference untuk korang pujuk mak ayah korang. Aku just nak inform and suruh korang sedar. Itu je. Tak pasal pasal aku dijadikan mangsa tuduhan "menghasut anak anak kami". Memang free lah aku kena kan. Haa. So, tolong la e, jangan. Baca and jadikan sebagai pengajaran je. OK? Thank you very much for your sincere cooperation. :)


Ok. First and foremost. >>>> Mak saya cakap, waktu kerja nanti mungkin susah nak cari calon.


First first, aku condemn gila kenyataan yang mak aku kasi tuh. Dalam fikiran, 'Ade ke mak aku cakap macam tuh. Ey, tak logik lah. Dulu lain pula ceritanya. Sekarang? Haii. Berubah pulak pendapat mak aku nih? Pelik je bunyik nye.' Kalau korang? Pelik tak? Setelah aku fikirkan berkali kali dan kesekiannya amat lah lama. Baru aku faham maksud mak aku tuh. Aku dah meningkat besar dan mungkin di waktu U ini aku akan jumpa manusia yang berjenis. Yes. Manusia yang berjenis. Well, tak nak lah stereotype kan. So, di sini maybe ada yang boleh boleh la dijadikan calon teman hidup. Emphasizing, CALON sahaja. Aku tak suruh kau kahwin pun. And, mak aku juga ade betol nya jugak. Nanti dah kerja susah sikit nak berjumpa dengan yang sesuai, mungkin. Dan dah sibuk dengan kerja. Sebab tu lah bila dah kerja selalunya kahwin dengan sweetheart kampung je. Faham tak?




Secondly, >>>> Di sini teramatlah banyak calon.


Memang banyak. Terlalu banyak. Bagi yang lelaki sampai rambang mata. Macam nak je semuanya dijadikan calon kan? Maklumlah kini perempuan makin ramai dari lelaki. Mananya tak perempuan dijadikan madu, ye tak nye kan? Lelaki handsome teramatlah ramai. *bukan hanya dari rupa, dari segi brains and personality jugak. Kau nak pilih boleh pilih macam ikan je. Ha. Tengok je hari hari nak yang mana. Kan?




Thirdly, >>>> Senang nak rapat.


Senang je nak rapat dengan calon calon korang. Dah nama pun jumpa hari hari. Nak kenal hati budi pun senang. Betul tak? 




Fourthly, >>>> Waktu yang sesuai.


Waktu yang sesuai, mungkin. Waktu untuk kita 'grow up' mungkin. Tapi jangan lah sampaikan asyik nak cari calon sampaikan pelajaran terabai. Assignment tak siap, presentation tak siap, test tak pergi. Exam tak study. Calon mana yang sudi nak kat korang kan? Ye. Ini cuma sekadar informing sahaja. Jangan kau nak salahkan aku pulak.






Ok. Cari calon, cari la juga tapi jangan sampaikan lupa mak ayah kat kampung, kat rumah. Nak prove sangat yang korang tuh calon yang sesuai, yang agak matang, dikeluarkannya duit mak ayah kau nak buktikan. Aduhai. Itu bukan duit kau lah. Duit mak bapak hengkau!  Sentiasa ingat parents, sentiasa ingat baik buruk setiap yang kau lakukan itu. Jangan membuta tuli je baca. Baca sikit je post aku dah nak sokong tak tentu hala. Ha. Segala fallacies kau hentam guna. Last last aku jelah authority yang kau gunakan untuk support kau punya claim dekat mak ayah kau. Tak pasal pasal aku jadi kambing hitam kat sini. This is just information. Kau boleh fikir, ada akal fikiran. Buat apa kalau ada saja tak nak guna. Guna lah untuk fikirkan baik buruk benda nih.


Bak kata roommate aku, "Cinta itu indah jika manusia pandai untuk membimbingnya"


Memang tersangatlah betul.




p.s//: Aku sebenarnya ade test esok nih. Hehe. Gatal nak berblog malam ni jugak sebab terlalu nervous. and btw. maggi aku dah kembang semangkuk. Tak lalu aku tengok. Sdeyh...:((

2 comments:

  1. cari calon,, at u kan byk abg macho,, :)huhu
    dalam bercinta byk dugaan,,,
    bak kata saya:
    "kita selalu inginkan hari yg cerah,
    tetapi Allah lebih tahu hakikat hujan
    perlu di turun kan,, "

    ReplyDelete
  2. Yes yes. Betul kata Abang Kacak. Abang Macho sangat setuju. :))

    ReplyDelete