Tuesday 18 October 2011

Masa Silam

Nak lupakan masa silam memang susah kalau ia ada impak terhadap diri atau hidup. Biar masa yang gembira mahu pun masa yang pedih. Tak de beza. Yang gembira susah nak dilupakan sebab membawa seribu kenangan manis. Yang pedih, membuatkan kita tak boleh nak lepaskan dan maafkan diri sendiri. Ya. Ada tujuan lah aku tulis ni. SABAR. Ha. Kan?


Masa silam aku penuh dengan kekesalan. Kerana apa?
Simple to put. Aku buang masa dengan angan angan yang tak ke mana yang hanya membawa aku ke total destruction of my life. Well. Tak delah sampai betul betul hancur. Cuma tak kesampaian aje.


Aku leka dengan fantasi percintaan monyet ala ala original a.k.a. aku ingat aku pandai sangat. Gedik. Sekarang? Padan muka. Kena lah kat batang hidung. Orang nasihat tak nak dengar. Eh, jap jap. Bukan bermakna aku terlanjur, atau pun mengandung. Cuma terlanjur obses dengan percintaan monyet yang takde tujuan je. That's all. Ha, kan? Otak biru teramat manusia ni kadang kadang. Buang jauh jauh. Cepat!


OK. Berbalik kepada cerita asal aku. Aku ni nak dikatakan lawa, TAK. Nak dikatakan comel, TAK jugak. Nak dikatakan ada rupa tu, TAK la sangat. Biasa biasa je. Kalau aku lawa macam Karina Kapoor ke, dah kau nampak aku berlari lari bagaikan nampak hantu dikejar. Ni pun TAK. So, aku hanya seorang gadis biasa yang ingin capai semua matlamat dalam hidup, jaga family yang semakin bertambah ni. Tak, aku masih belum kahwin. SIMPLE. Kan?


So. Percintaan monyet yang membuatkan aku alpa pada bumi nyata yang aku berpijak ni. Truce. Tak tipu. Aku tak lah seorang master dalam bab bab romance ni, tak juga arif dalam hal hal memikat seseorang jejaka. Jadi ku biarkan sang lelaki mengejar aku dan meng'ayat' aku. Sampai lah aku clueless tahap alam. Kalau dulu sang jejaka dia sanggup mati demi aku, bulat aje mata aku mati matian aku percaya. Naif, kan? Huh. Kan bagus kalau hidup ni disertakan sekali dengan manual yang beri kita panduan nak hadapi segala rintangan hidup dan macam mana nak lalui tanpa perlu sakit. How I wish it was that easy. Tapi, pengalaman mematangkan seseorang itu. Betul, kan?


Pengalaman aku menceritakan tentang seorang mamat A ni. Tak ensem taw pun bergaya tau pun ada ciri ciri yang mampu bersaing dengan aku la. Tup. Memang aku tak ada hati langsung kat mamat A ni. Sikit pun tak. Nak pandang dia pun hati aku ni tak hingin tahap dewa. Orang cakap kita tak akan dapat pernah mengagak orang yang kita akan jatuh hati dengan sebenarnya. Aku setuju. 100%. Tapi dalam kes mamat A ni. Huh. Tak mungkin, No way, Hell No. Dia ini seperti devil. Paham? Devil, Satan, Monster, Creature, Evil presence. Apa apa jelah yang mampu describe dia ni.


Cerita ni luar sikit dari kepercayaan semua orang. Mungkin ada yang tak mampu untuk menerimanya tetapi ini kisah benar. Terjadi pada aku. Sumpah. Kalau tak percaya, tak apa, aku bukannya tulis ni nak meyakinkan orang lain, just simply letting out my feelings. 


Mula mula aku jumpa dia. OMG. Bau badan dia yang busuk. Muka yang memang 'Tak boleh blah'. Perangai yang memang gedik dan macam monyet/kera. Pakaian yang memang tak kemas langsung. Macam orang yang menganggur tidur tepi jalan. Serius. Aku tak tipu. Bukan mengutuk. Sekadar kenyataan. Memang not my type at all. Entah macam mana aku boleh terpikat dengan dia. Well, here goes.


Aku seorang yang amat bongkak and degil. Tak pernah pedulikan orang lain dan juga sadis. Mulut boleh tahan juga lah. Tapi bukan bab bab mengumpat, bab bab pertahankan apa yang aku percaya. Mamat A ni, datang dalam kelas kawan aku satu hari ni. Dia juga kawan kepada bekas bf kawan aku yang sorang lagi tu. Bekas bf kawan aku tuh, memang ada rupa tapi aku menyampah tengok muka dia. Mungkin sebab he's a playa from another planet. Tiba tiba mamat A ni datang terus sapa aku. Hi. Dalam hati aku, 'Ceh. Sapa dia ni tetiba hi hi kat aku. Ingat dia sapa? Nyampah aku.' Ye ye, aku memang sombong, angkuh. Tak payah nak kasi tau. 


So. Masa tu aku masih lagi 'kapel' dengan mamat B ni. Jadi tak lah dilayan mamat A tu. Tapi lepas 3 bulan, aku putus dengan mamat B. Masa tu memang frust menonggeng lah. Kan? Kanak kanak ribena. OK. Jadi dah mamat A ni terhegeh hegeh sangat. Aku pun kawan jelah dengan dia cuba nak lupakan mamat B tadi. Notation:: Wrong move. Aku salan\h. Patutnya aku tak patut kawan dengan sesapa lagi waktu tu. So. We start to hang out. Keluar dating unofficially. Dan lama lama kami 'kapel'. Tapi aku tak pernah setuju. Mamat A tu yang terang terang perasan ya amat. Tapi entah kenapa aku biarkan je kali ni. Dan nak dijadikan cerita lah sampai aku tak boleh nak lupakan dia walau pun sesaat. Pulak? Kan? 


Lama lama. Aku sampai tak boleh berpisah langsung dengan dia. Rasa macam nak lari pergi tidur rumah dia pun ada. Alhamdulillah lah tak jadi sampai macam tu. Minta simpang. Semakin lama kami berkawan, semakin berani dia minta enset yang baru aku beli, motor yang baru beli. Dia beri alasan yang dia tak boleh nak mesej atau call sebab enset dia rosak dan dia tak mampu nak beli. Motor bukan senang senang aku beri pun. Tapi sebab motor BAPAK dia tu selalu rosak dan malangnya aku mula selalu sangat sakit sampai tak boleh nak bawa motor. Macam alasan yang aku reka je kan? Terpulang lah nak percaya ke tak. So.


So. Sampai dah teruk. Kami dah habis SPM. Kami selalu bergaduh sebab aku selalu minta balik enset n motor aku. Dan jawapan dia,'Hang ni asyik salahkan aku ja. Takpelah, saya tak boleh nak jumpa awak dah sebab motor ayah rosak. Saya tak boleh nak call sebab ayah takde duit nak belikan enset baru.' Bullshit! Memang aku terpedaya. Aku memang tak nak beri langsung tapi, kerana keangauan tahap melampau sampaikan aku menangis tiap tiap malam sebab tu aku beri juga.


WAIT. Pernah tengok cerita Khurafat? Kan?


Sebenarnya cerita aku sama macam cerita tu. Benar. 100%. Tak lah aku ni pergi disko. Tak lah macam tu. Tapi hakikatnya macam tu lah. Tak bukan sebab cerita tu aku nak mereka cerita ni. Cerita aku ni berlaku way before cerita tu iklan kat tv. OK. 


Kakak kesayangan aku pun menghadapi nasib yang sama 12 tahun yang lalu. selepas 10 tahun kemudian baru Tuhan buka hatinya dan izinkan dia lepas dari genggaman syaitan tu. So. Kakak aku lah yang fes sekali perasan akan perubahan diri aku. So. Dia juga lah yang bawa aku pergi berubat. Thanks. Tanpa usaha kakak aku, tak mungkin aku akan kembali seperti sekarang. Sebab aku cerita ni nak bukakan mata kau, kau dan kau. Benda ini memang terjadi. Dah berpuluhan tahun memakan hidup family aku. Tapi kami tetap hepi. Sebab kami sentiasa bersabar. 


Berbalik pada cerita aku. Ye. Mamat A tu, telah gunakan pelbagai sihir. Makan, sapu minyak, jampi.
Aku ambil masa selama 5 bulan untuk pulih sepenuhnya. Dan sekarang pun masih lagi dalam proses pemulihan. Jadi, dengan ini, aku bukan nak minta simpati tetapi ingin mengingatkan gadis gadis yang di luar sana, beringatlah dan sentiasa berdoa kepada Tuhan memohon perlindungan. Insyaallah, akan dilindungi-Nya.

No comments:

Post a Comment