Sunday 4 December 2011

Peritnya Berjauhan

Perit berjauhan dari semua orang yang aku sayang dan rindu. Perit tak dapat nak tatap wajah mereka setiap hari seperti hari hari yang lalu. Perit membayangkan saat saat aku bersama mereka. Perit mengetahui yang aku berjauhan dari mereka. Perit tak dapat nak dengari lagi suara lantang mereka. Perit bila berjauhan dari orang yang aku sayang.


Berada di UiTM ni tak lah perit. Memang best di sini, aku tak nafikan. Tapi setiap kali terpancar wajah wajah keluarga aku, sedih melanda hati, pilu menjadi peneman. Betapa peritnya hati ini. Nak melangkah pulang ke sini , hanya Allah yang tahu betapa beratnya hati nak melangkah pulang. Bukan aku benci. Tidak sama sekali. Cuma takut peluang untuk berjumpa kembali dengan keluarga ku hilang begitu saja. Takut sangat aku. Takut tak bersebab. Semua itu ketentuan Allah, bukan aku, bukan sesiapa. Tapi tetap aku takutkan. Tetap aku risaukan. Peritnya ini tak seperit dugaan dugaan yang akan datang. Tapi demi wajah wajah yang aku terlalu rindui, aku lalui jugak dugaan ini, minta Allah tabahkan hati, kuatkan azam. Untuk mereka, aku sanggup lalui apa saja. Demi kebahagiaan mereka, aku mampu lakukan apa saja. Demi kesenangan mereka, aku tahu aku mesti mampu dan tabah untuk lakukan semua ini. 


Dugaan sementara, untuk kuatkan hati, kuatkan azam, tekunkan jiwa aku untuk terus berjuang tanpa pernah kalah. Aku jatuh, aku bangun semula, hanya demi masa depan dan janji aku pada diri aku untuk tidak pernah walau sesaat pun mengecewakan wajah wajah mereka yang selalu mengharapkan aku untuk membawa pulang sebuah kemenangan. Sekeping ijazah. Satu kejayaan. Ingin sungguh aku dengar, aku lihat, kegembiraan yang tidak berbelah bagi hanya kerana kejayaan aku. Itu impian aku. Hanya untuk keluarga aku. Aku senang lihat mereka senang, jadi aku letakkan mereka sebagai matlamat aku supaya suatu hari nanti, aku akan mampu pulang dengan senang hati.


Mak, ayah, kakak, Mimi. Tunggu ya. Akan ku pulang membawa hadiah.

No comments:

Post a Comment