Soalan aku, Cute Tak ?
Cute kan, kan, kan? Heee~ :D
Suke giler kot.
Tapi persoalannya, mampukah aku pull off something like this? Seriously asking. Mampukah? LOL XDD
Pecah perut kot biler terfikir. Memang minah anime tuh cute tahap gaban lah aku salute. Major salute weh. Tak tipu. Macam orang tua tua cakap, tipu dosa. :P Sebenarnya niat aku dah lama nye hah nak mencuba pakaian yang sekiut miut anime gitunye hah. Baju tak der lah sampai no sleeve gitu. Mestilah sopan. Kan? Tapi memang cun berabis lah aku cakap. Setiap kali aku tengok aje kartun anime ni, Fuhh! Cam na meletup aje mata aku memandang.
*bukan pada kartunnye lah, pakaian yang kartunisnya reka.
Aku tak tahu pun ini anime yang mana satu. Selalunya aku tengok dark anime. Yang seram seram gitu. Kalau yang kiut miut ni jarang mak aih. Payah benor. Nak buat macam maner dah diri memang dasar kasar straight gitu. Sebab itulah soalan mampukah aku pull off that kind of outfit tetiba muncul. Korunk nak tengok ke ape style sebenar benar aku? Hehe. Careful. Curiosity kills the cat. LOL Metaphorically speaking lah.
Tapi betol weih. Aku ni dah lama memendam impian dan hasrat nak mencuba. Tapi malu bercampur kalau aku pakai pun aku nak pergi ane? Logik lah sikit Mika! Hehe. Giler kau. Tapi kalau boleh akan aku sesuaikan dengan keadaan lah. Tak kan aku nak pakai kot tebal tebal macam musim sejuk tengah tengah panas terik. Alamatnya ke hospital seminggu lah aku. Aku pakai dalam kuantiti sederhana jelah iye? Well, boleh dikatakan yang aku ni memang tersangat lah ya amat lah tergila gilakan anime ni. Sampaikan sanggup menghabiskan duit aku ni membeli cd cd anime yang musim lepas hanya lah sebab aku nak ulang tayang. Wey! Kau tak de kerja lain ke? Lah, kalau aku ade keje lain, tak nye ha aku nengok anime tetiap saat. Tolong lah. Jangan tanya soalan bodoh tahap alam semesta. Tak terima dek bumi. Faham?
Stail aku lebih ke arah gothic tetapi agak boyish. Entah kenapa itu yang selalu menjadi pilihan hati aku. Aku ade la jugak dress yang macam girlies gitu nye hah tapi kureeeennnngggg dipakai dan selalunya dilambakkan macam tu sahaja ke dalam almari aku tu. Haih. Sikap semula jadi sukar di ubah. Pilihan kasut aku, sentiasa sneakers mahu pun supra. Whoopeee! Habiskan beratus pun takpe. Asalkan aku hepi hepi je. Rasenye dah kelihatan pink clouds atas kepala aku tuh bila dapat je ape yang aku nak. Halo rings pun dah tebal. Aduh! Macam budak budak tecik yang mintak mak ayah belikan basikal baru pulak. Hehe. Maklumlah, tabiat dari kecik. Memang ternyata sukar diubah.
BOOM! Alahai, cute benor lah. Haih. Geram aku weh ! :P
Macam mana ni? Aduh. Outfit dia memang malatop lah. Mata aku dah kerambangan dah ni. Ha. Mulalah nak daydreaming sampai tiang sekolah pun habis aku langgar. oh? Idea baru untuk blog seterusnya. Hehe. Bagus bagus. :D Outfit aku pun ape kurangnye. Meletup lah jugak. Aku minat stailo stailo ni. Salah satu dari kriteria untuk menjadi kawan aku. Ha? Tunggu ape lagi? Catat la habis habisan. Bukan senang nak berkawan dengan aku ni. Kena menepati ciri ciri yang aku tetapkan.
*hellooo? Kau tu sape? perasan tahap cipan weh.
Hek.hek. Gurau saje maa. Haiseyhmennn. Memang terliur aku nak pakai something macam ni. Serious, tak bohong aih. Cek bukannya mai sini nak bohong ampa semua. Dak aih. Cek cakap betoi aih.
*bile dia ni nak habis merapu ha? bosan kot.
Ok ok. Aku sambung. Kalau lah ade saje pakaian yang macam gini yang berada dalam lingkungan keadaan kewangan aku, akan aku beli weh. 100% aku follow up weh. Faham ke tak? Tak faham kau punya pasal lah labu. Pergi bukak kamus translate. Senang.
Nak aku bandingkan diri aku dengan diri yang aku akan jadi bile aje pakaian itu menyentuh kulit aku. Mungkin nanti lah. Sekarang maleh cek nak bersiap. So, Good Luck! Semoga Terhibur dengan kemerapuan aku ni. Terima Kasih.
Salam.
No comments:
Post a Comment