Dah besar besar, terang terang laginye ha tajuk aku kali ini. Sindrom Meminta No Fon. Haih. Ni bukan tujuan nak mengutuk sesape pun kat luar sana ye? Tapi cuma ingin menyatakan realiti hidup aku ni. Aku cuma nak nyatakan pendapat aku bagi semua makhluk yang pernah cuba meminta no fon aku.
Maaf la ye? Tapi bukannya hape. Aku lebih suka bersendirian. "Respect my privacy, please!" berkali kali menjadi jawapan aku. Dan bukannya sebab aku nak jual mahal ke, nak menjadi sedikit misteri ke. TI-DAK langsung! Banyak lagi benda yang haku boleh buat. Privacy sekian kalinya menjadi nikmat hidup yang paling aku sukaaaa!
Ok. Sebenarnya benda macam ni berlaku banyak kali pada kita kan? Wahai kaum wanita sekalian. Dan ramai kaum opposite sex akan membuahkan mulut diorang, "Eleh! Ingat dia lawa sangat ke? Jual mahal konon". Hm Hm Hm. Persoalan aku, perlukah? Perlukah kaum yang bertentangan menyatakan yang sedemikian?
Haish. Pening kepala aku setiap kali ade je makhluk yang bernama lelaki ni mula meinta no fon aku. Dulu jawapan aku, Tak Boleh sebab? Hehe. Aku takder fon lah. Mak aku tak kasi lah. Berbagai bagai lagi lah. Tujuan jawapan aku cuma nak meng-Nyahkan diorang dari situ. Lupakan saje tentang aku! Tujuan aku yang sememangnya jelas tapi sengaja tidak buat buat faham. Dah tuh, marahkan aku pulak.
Soalan untuk kaum lelaki. Pernah tak korang terfikir berapa ramai lelaki yang minta no fon seseorang perempuan tuh? Realitinya bukan kau seorang eh jang! So, tolonglah jangan, Aku emphasis kan , JANGAN, salahkan kaum perempuan. Bukan bermaksud nak bermegah di sini. Simply reality. TUP.
Tapi bagi aku. Aku tak berminat nak bagi no fon kepada sembarangan orang. Mungkin juga aku ni sombong tapi itu bukannya sebab sebenar. Ok. Ok. Aku mengaku dulu aku pun bodoh bodoh alam. Maklumlah, budak budak tengah nak naik kata orang. Kenaifan menjadi tema diri aku. No telefon diberi begitu sahaja tanpa rasa bersalah mahupun rasa was was. Aduh! Henci lah ! Hehe.
Tapi sekarang semuanya berubah. Demi pengalaman yang sememmangya tak boleh dilupakan, ingin saja aku cari playar cabut sahaja cip memori yang sedemikian kalau boleh. Tapi realitinya tak boleh. Hmph. Perasaan hampa menyelubungi diri aku. Aku berubah sedikit demi sedikit. Kawan kawan menghitung aku berubah dengan banyak sekali. Ada yang mengatakan bahwa aku kelihatan sedikit matang. Wah, merah menyala muka aku seyh! Hikhik.
Sebenarnya, semua perlukan pengalaman untuk mematangkan kita. Terima Kasih pengalaman!
Berbalik kepada topik aku; Ya, memang aku tak suka orang yang suka meminta no fon aku. Sekarang sunyi menjadi peneman setia aku. Aku setia bertemankan sunyi dan keseorangan. Tanyalah kawan baik aku tuh, dia tahu. Aku lebih suka menghabiskan masa aku dengan membuat dan bermain benda yang paling aku suka. Bermain piano. Aku mengaku, aku telah jatuh cinta dengan muzik yang dihasilkan piano. Muzik telah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Muzik klasik menjadi cinta pertama aku yang tulus dan ikhlas. Dulu aku sibuk mencari cinta monyet. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Dari pertama kalinya melodi Fur Elise berkemundangan di telinga aku sehingga melodi opera Racmaninoff First Movement menjadi peneman aku setiap malam yang sunyi. Itulah menjadi keghairahan aku. Aku impikan kejayaan seperti Mozart, Beethoven dan pianists yang lain lain yang sudah pun berjaya dalam industri ini.
Muzik menjadi kekasih aku. Aku mencintainya lebih dari segala galanya. Sesungguhnya aku tak pernah merasa seperti ini. Hati aku yang kosong ini telah dipenuhi dengan cinta aku terhadap muzik.
Jadi jangan tanyalah kenapa cinta seorang insan lain tak aku terima. Hati aku telah pun di takhta oleh muzik. Korang dah terlambat. I love you sering menjadi luahan aku setiap kali muzik klasik berkumandang di telinga aku. Ah! Betapa aku cintakan muzik!
Jawapan aku yang sebenar telah aku nyatakan untuk kaum lelaki di luar sana. Jangan lah menuduh aku jual mahal lagi. Aku cuma tak de hati dan masa untuk mengfaktorkan cinta seorang insan ke dalam hidup aku.
Salam.
No comments:
Post a Comment