Monday, 8 August 2011

Face BOOK ?

First and foremost before aku mulakan post aku kali ini. Korang mesti perasan kan yang aku tak banyak tulis post dalam bahasa ibunda kiter? Hehe. Sebenarnya lah kan? Aku tak berapa pandai dalam bahasa native sendiri. Hikhik. Dah semestinya beribu sumpah seranah or kutukan yang korang mungkin tengah lemparkan biler terbaca jer blog aku nih. Tapi nak wat geno bak kata orang di tempat aku membesar ni. Aku memang dah dasar tak serba pandai biler berkenaan jer dengan bahasa melayu. Haish. Buat malu kaum sendiri je. Tapi untuk menaikkan semula nama sendiri yang sememangnya tak berapa (bukannya tak berapa, dh memang pun) popular nih, aku nak cuba menulis dalam bahasa ibundaku. :) Sabar jelah ye?


Muka buku atau nama komersialnye, FACEBOOK. Beribu manusia mendaftar akan aplikasi nih. Kata diorang, nak mendapat lebih ramai kenalan. Soalan aku, Iyeke? Bukan nak mencari seseorang istimewa? Hehe. Dulu aku pun macam tuh jugak. Terjebak ke dalam lembah perkenalan facebook yang sememangnya teramat mengkhayalkan. Sampai aku lupa akan bumi yang aku berpijak nih. Agak-agak lah kan? Ape yang diorang akan jawab kalau aku straight-forward tanya diorang , "Ape tujuan kau buat fb neyh?"
HIHI. 'ketawa sorang2' Mesti pelbagai jawapan yang kelakar akan keluar kan? Aduh! Susah benar aku nak menulis dalam bahasa separuh baku nih. "Tak reti! Tak reti!" macam budak budak yang kena paksa buat kerja sekolah pulak.


Kaku sajer aku menulis. Tak macam ketika Bahasa Inggeris menjadi medium komunikasi kita. Tapi aku harus cuba. Gambateh! Maaf tentang bahasa lain masuk tuh. 


Berbalik kepada topik ; Zaman sekarang nih memang ramai pemuda pemudi siok bangat menjoining FB nih. Tujuannye hape? Terpulang kepada masing2 lah. Hak pengguna (double line) Tapi banyak juga komplikasi yang timbul sebab salah gunakan kemudahan FB nih. Gambar lucah, seks lucah lah, pukau. Lagi ape? Korang fikir2 kan lah sendiri ye?


Pernah tak terlintas di fikiran korang, kenapa ade yang terkena dengan benda benda macam nih? Benda ni sebenarnya biler dah sampai kat telinga mak bapak aku terosnye hah jadi hot story every night. Sampai aku disuruh mendeletekan FB kesayangan aku tuh! Celaka punye berita! Nyah kau dari sini ! (melampau)
Hehe. Iyelah, bile disuruh aje deletekan Fb aku tuh , memang lah sayang sebab kirenye aku membesar bersama FB tuh. Aku kenal kawan kawan yang sebagaimana sedikit tapi tak rapat lah di situ. Aku belajar untuk judge orang di situ. Kiranye FB nih banyak jugak lah menyumbang dalam kehidupan aku seharian. (aduh, over sangat lah) 


Benda benda yang buruk yang selalu diwar warkan dalam berita tuh aku tak nafikan, memang 100% BENAR! Pernah dua tiga kali jugaklah hampir hampir jer, sipi sipi kot berlaku dekat aku. Memang a definite danger! Tapi its up to every individu nak buat keputusan macan mana. Alahamdulillah, Tuhan izinkan aku dapat mengelak dari semua devil-ish acts tuh. Fuh! Takut, cemas, semua ade. Iyelah, macam our whole life is flashing back into our eyes at that moment. Kan? Takut, takut. Mintak simpanglah tak jadi dekat aku. Doa sungguh sungguh nih. Tak memaen. 


Kadang kadang kesian jugak pade orang yang nasib malang terkena dengan benda benda camtuh. Maklumlah, malang tidak berbau. Nasihat aku, KAWAL DIRI ANDA! Bukannya tak boleh. Susah, yes! Tapi tak rugi kan kalau mencuba? Hape yang aku merepek nih? Hehe. 


So, kesimpulannye lah kan, terpulang kepada setiap individu bagaimana nak guna kemudahan yang disediakan tuh. Sama ada menyambutnya dengan negatif mahupun positif. 


Salam.

No comments:

Post a Comment